Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Aamir Khan’ Category

Bebo Tolak Aksi Dengan Depp

October 28th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Aamir Khan, Johnny Depp, Kareena Kapoor, Saif Ali Khan, Salman Khan

MUMBAI: Aktres Kareena Kapoor dilihat berada dalam landasan terbaik meluaskan kerjayanya ke Hollywood tetapi menimbulkan tanda tanya selepas menolak tawaran berganding dengan aktor kacak Johnny Depp.

Idea menggandingkan pasangan itu dicetuskan pengarah Gurinder Chadda dan Kareena yang kini mengungguli takhta aktres nombor satu Bollywood dilaporkan terpaksa berkata ‘tidak’ kerana masalah tarikh.

Sumber berkata, penolakan itu sebenarnya disebabkan cucu lagenda Raj Kapoor itu tidak begitu tertarik dengan tawaran Hollywood yang semakin mencurah-curah.

Beliau sebaliknya sanggup melupakan tawaran lumayan berkenaan kerana ingin menjayakan watak lebih bermakna dan besar di Bollywood seperti yang sedang dilakonkannya sekarang menerusi filem 3 Idiots bergandingan dengan Aamir Khan, Kambaqt Ishq bergandingan dengan Akshay Kumar dan Main Aur Mrs Khanna bersama Salman Khan.

Bagaimanapun, satu lagi laporan menyatakan Kareena yang juga dikenali sebagai Bebo di kalangan media dan keluarga tidak mahu lagi menimbulkan kemarahan kekasihnya, aktor Saif Ali Khan, selepas kejadian beliau dicium mesra aktor Sylvester Stallone mendominasi dada akhbar.

“Namun, apapun alasannya, pasti Bebo berfikir banyak kali untuk berkata ‘tidak’ kepada Depp,” kata sumber.

Dalam perkembangan lain, Kareena yang juga peminat setia bekas penyanyi Spice Girl, Victoria Beckham, kini dilaporkan berusaha keras mengikut jejak langkah idolanya itu dengan melancarkan laman web fesyen sendiri.

Ia dilaporkan memaparkan maklumat mengenai gaya, aliran peribadi dan banyak lagi. Minat terhadap isteri David Beckham itu juga dikatakan menjadi punca utama Kareena mengamalkan diet untuk kuruskan badan, menonjolkan bentuk tubuh, sengaja memuncungkan bibir, mengenakan pakaian bergaya malah sentiasa memastikan Saif Ali di sisinya ke mana saja beliau pergi.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan disangkal sumber yang rapat dengan pelakon tersohor itu dan sebaliknya berkata tidak kira sekeras mana Kareena mencuba, beliau tidak akan berjaya menjadi Victoria. - Agensi

Berita Harian

Shah Rukh Khan Marah Rani Mukherjee

October 27th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Aamir Khan, Rani Mukherjee, Salman Khan, Shah Rukh Khan

MUMBAI: Aktres handalan Bollywood, Rani Mukherjee, turut kena tempias pergaduhan dua nama besar dalam industri filem India, Shah Rukh Khan dan Salman Khan apabila digugurkan daripada konsert besar Shah Rukh, Temptation Reloaded, kerana menyebelahi Salman.

Rani memang diketahui sentiasa menyebelahi Shah Rukh yang dianggap sebagai antara orang yang bertanggungjawab menaikkan namanya dalam bidang perfileman. Namun, bintang Saa-thiya itu dikatakan menaikkan kemarahan Shah Rukh apabila menyebelahi Salman.

Perkara itu berlaku apabila Rani muncul dalam siri akhir program terbitan Salman, Dus Ka Dum, dan menimbulkan isu yang cuba dielakkan oleh kedua-dua Khan itu.

Dalam episod berkenaan, Rani berkata: “Apabila mendengar mengenai pergaduhan itu, saya benar-benar tidak sukakannya. Saya amat kecewa.”

Beliau sendiri selalu menyuarakan kesetiaannya dalam persahabatan dengan Shah Rukh dan seperti rakan lain, aktor itu berharap Rani menyebelahinya dalam susah dan senang tetapi dilaporkan amat kecewa apabila aktres itu sebaliknya memihak kepada Salman.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang baru-baru ini menimbulkan kekecohan di Malaysia berhubung penganugerahan gelaran Datuk kepadanya, akhirnya membuka mulut me-ngenai pergaduhan itu dan menyifatkan Salman berfikir seperti kanak-kanak.

“Ia sebenarnya tiada apa. Tiada apa yang sama antara kami. Cara kami berfikir dan bercakap berbeza. Kami pernah menikmati masa seronok bersama tetapi selari dengan masa, ia semakin kabur. Saya berfikir seperti bapa manakala Salman berfikir seperti kanak-kanak

“Kami gembira dalam dunia sendiri. Jika kami berbaik semula, ia memang baik. Jika tidak, ia lebih baik. Kami bukan rakan tetapi tidak menunjukkan kami musuh,” katanya.

Kenyataan itu dilihat terus memecah belahkan dunia Bollywood dengan kedua-dua aktor mempunyai penyokong tersendiri dan pelakon Aamir Khan berdepan tugas berat menyeimbangkan persahabatan dengan kedua-duanya. - Agensi

Berita Harian

MTV Mahu Satukan SRK, Hrithik, Aamir?

September 24th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Aamir Khan, Hrithik Roshan, Shah Rukh Khan

Saluran muzik popular, MTV khabarnya mahu menyatukan 3 hero Bollywood paling popular iaitu Shah Rukh Khan (SRK), Hrithik Roshan dan Aamir Khan dalam program khas. Pun begitu ketiga-tiga aktor ini masih sibuk menyiapkan filem terbaru mereka.

SRK dilaporkan masih berada di lokasi filem Rab Ne Bana Di Jodi di bawah penerbitan Yash Raj. Manakala, Hrithik sibuk di lokasi filem Kites sementara Aamir berhempas pulas untuk filem terbaru, Ghajini. Berbanding ketiga-tiga nama itu, Aamir boleh dianggap paling menyerlah kerana filem lakonan dan terbitannya pernah dicalonkan untuk Academy Awards.

Idea untuk menyatukan mereka bertiga memanglah tepat kerana saham ketiga-tiga pelakon itu masih tinggi sekali pun hari ini ada ramai muka-muka baru dalam industri perfileman di Bollywood seperti Tushar Kapoor, Dino Morea dan Arjun Rampal.

Disebabkan mereka terlalu sibuk, produksi itu terpaksa ditangguhkan perancangannya sehingga tahun depan. Kita tunggu dan lihat adakah rancangan menyatukan SRK, Aamir dan Hrithik itu akan berjaya.

Murai