Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Abhishek Bachchan’ Category

Priyanka Utama Penampilan Untuk Saing

November 10th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Abhishek Bachchan, John Abraham, Priyanka Chopra

MUMBAI: Aktres Bollywood Priyanka Chopra kini menyertai kelompok heroin yang berlumba-lumba memastikan mereka terus memiliki bentuk badan menawan yang menjadi isyarat untuk terus kekal di persada filem yang amat sengit itu.

Malah, Priyanka mengakui beliau sudah bekerja keras, termasuk ke gimnasium bagi membawa wataknya dalam filem terbaru, Dostana yang memerlukannya mendedahkan susuk tubuhnya dengan memakai bikini.

“Bayangkan, untuk filem sebelum ini, Fashion, saya terpaksa menambah berat badan enam kilogram dan mengurangkan berat badan secara perlahan untuk disesuaikan dengan watak.

“Namun untuk Dostana, bentuk badan saya perlu lebih kurus kerana sebahagian besar penggambaran membabitkan kawasan tepi pantai. Atas alasan itu, saya tiada pilihan kecuali bekerja keras untuk memastikan bentuk tubuh yang menawan,” katanya dalam temu bual dengan agensi berita IANS.

Selepas berdepan jadual ketat dengan enam filem berturut-turut tahun ini, Priyanka berkata gandingannya dengan aktor popular Abhishek Bachchan dan John Abraham dalam Dostana, memberi pengalaman amat berharga kepadanya.

“Kami seolah-olah bercuti dan pengalaman itu sungguh menarik.”

Lebih bermakna, keseluruhan penggambaran filem itu dilakukan di Miami, Florida yang turut memberi peluang terbaru kepada Priyanka menghidupkan semula kariernya yang agak tenggelam.

“Kami di Miami selama dua bulan. Biarpun penat, tetapi saya rasa lebih bersemangat apabila kembali ke India,” katanya.

Filem romantik komedi dihasilkan Dharma Production milik Karan Johar, akan menemui penonton pada 14 November ini.

Priyanka membawa watak seorang wartawan fesyen yang berkongsi pangsapuri dengan Abhishek dan John yang berlakon sebagai pasangan gay. - Agensi

Berita Harian

Kareena Bengkak Dengan Aishwarya!

November 9th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai, Kareena Kapoor

KL, 9 NOV 2008:  Cerita mahupun gosip rampas-merampas bukan saja fenomena gempak di Malaysia, malah di Bollywood pun ia dah menjadi dendam bak api dalam sekam.

Semua tahu ketika ini kes artis mencelah Bedah (merujuk kepada tindakan potong jalan atau menyelit), begitu hangat diperkatakan di negara kita yang indah permai ini. Beberapa bulan lalu, Fasha Sandha dikatakan mengganggu rumah tangga Nora Danish sampai cerai berai dan sekarang pula kemelut cinta tiga segi Abby-Norman-Memey.

Terbaru dari Bollywwod semalam, Murai Batu tertarik memperkatakan tentang dendam kesumat aktres jelita yang beraura kekwat, Kareena Kapoor, terhadap Miss World, Aishwarya Rai yang dikatakan merampas Abhishek Bachchan daripada kakaknya, Karisma Kapoor!


Murai Batu difahamkan, Kareena masih berasa bengkak dan bengang kerana Aishwarya sanggup mencelah Bedah, merampas Abhishek yang menjadi tunangan kakaknya dulu.  Mereka berdua akhirnya putus tunang dan Karisma berkahwin dengan orang lain.

Sebabkan dendam lama yang masih jadi sekam, Kareena khabarnya tidak sanggup bertentang mata dengan Aishwarya apalagi berlakon satu filem dengan aktres jelitawan itu. Dalam pada itu, Kareena kini sedang hangat bercinta dengan aktor Saif Ali Khan. Oklah tu…
  

Wah.. begitulah hebatnya penangan Abhishek - hero yang menjadi jejaka rebutan ramai aktres Bollywood. Jangan tak ingat, dulu ayah Abhishek iaitu Amitabh Bachchan sendiri pernah jadi rebutan antara Rekha dan Jaya Badhuri. Akhirnya jatuh juga ke tangan Jaya yang namanya kini bertukar kepada Jaya Bachchan. Bagaimana Rekha? Hmm…  membujang terus sampai ke tua!

MURAI BATU: Teringat dulu, dua seniwati Melayu pernah rebutkan seorang seniman kacak dari Jalan Ampas. Akhirnya seniman itu bercerai dengan isterinya. Hari ini, anak-anak dari kedua isterinya itu memang artis terkenal. Hebat, hebat!

 

 

Murai

Kareena Dendam Aishwarya

November 8th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai, Johnny Depp, Kareena Kapoor, Saif Ali Khan



KAREENA (kanan) enggan menerima tawaran di Hollywood kerana terpaksa membawa watak kecil di samping Aishwarya.

‘Bebo’ akui benci ‘Ash’ kerana rampas Abhishek daripada Karisma

NEW DELHI: Aktres jelita, Kareena Kapoor akhirnya membuka mulutnya mengenai punca beliau menolak tawaran Hollywood kerana kebencian yang meluap-luap terhadap Aishwarya Rai.

Kareena atau lebih dikenali dengan nama jolokan ‘Bebo’ mula bermusuhan dengan Aishwarya selepas aktres itu merampas Abhishek Bachchan daripada tangan kakaknya, Karisma Kapoor, beberapa tahun lalu sebelum mereka berkahwin, tahun lalu.

“Bebo tidak boleh melupakan bagaimana Aishwarya tergamak merampas Abhishek sedangkan Abhishek sudah bergelar tunangan dengan Karisma.

“Pertunangan mereka akhirnya putus dan Karisma berkahwin dengan lelaki lalin,” kata sumber yang dipetik sebuah media tempatan, semalam.

Lebih menghampakannya, Aishwarya kini semakin berseri-seri sebagai menantu keluarga Bachchan dan mendapat pujian dalam dan luar negara.

Atas alasan itulah, Kareena sanggup menolak tawaran pertama Hollywood yang mahukannya membawa watak kecil di samping Aishwarya.

“Tiga tahu lalu, Gurinder Chadda, mahukan Kareena berlakon dalam filem Hollywood Bride & Prejudice. Kareena menyangka beliau membawa watak utama tetapi terkejut besar apabila dimaklumkan yang mereka mahukannya membawa watak sampingan iaitu adik Aishwarya.

“Kareena berasa terkilan dan berikrar untuk tidak lagi bekerja dengan Aishwarya. Kini, satu lagi filem terbaru Gurinder Chadha turut ditawarkan kepadanya, tetapi tetap ditolak Kareena.”

Seperti juga Aishwarya, Kareena yang sedang menjalin hubungan intim dengan aktor Saif Ali Khan, juga antara aktres paling popular dan laris di Bollywood.

Kareena baru-baru ini dikecam hebat kerana tindakannya menolak tawaran hebat bergandingan dengan aktor popular Hollywood, Johnny Depp, atas alasan pertindihan jadual penggambaran.

Namun, ada laporan lain mendakwa tindakannya itu demi menjaga hati Saif Ali yang sememangnya amat cemburu.

Apapun, laporan mengenai perasaan Kareena terhadap Aishwarya atau ‘Ash’ tentu memberi satu lagi tamparan hebat kepada isteri Abhishek itu selepas media menyifatkan Hollywood merendah-rendahkan bakat Ash dengan menawarkan peranan kecil dalam satu filem. - Agensi

Berita Harian