Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Bipasha Basu’ Category

Bipasha Elak Seksi

November 11th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Bipasha Basu, John Abraham



Bipasha Basu

Aktres Bollywood mahu pengkritik nilai bakat lakonan

NEW DELHI: Ketika ramai rakan artis Bollywood berlumba-lumba bergaya seksi bagi melariskan diri, aktres popular Bipasha Basu sebaliknya berhasrat mengubah imej seksinya.

Ini disebabkan jelitawan yang pernah menjadi model sebelum bergelar pelakon, sudah muak dengan persepsi ramai yang lebih melihat bentuk tubuhnya berbanding bakal lakonannya.

Berikutan itu, teman wanita aktor John Abraham ini mengakui sudah serik menerima watak yang mahukannya bergaya seksi dan kini memberi tumpuan serius untuk mengubah imejnya.

Pendiriannya itu berbeza dengan kenyataannya sebelum ini apabila diundi sebagai wanita paling seksi di Asia tahun lalu oleh akhbar Britain, Eastern Eye. Ketika itu, Bipasha mengakui yang beliau sememangnya menikmati imej seksinya itu biarpun kini nada suaranya berbeza yang disifatkan mencerminkan kematangan dirinya.

“Saya sudah muak dengan gelaran pelakon seksi. Ungkapan seperti bentuk badan Bipasha yang seksi, jauh lebih banyak berbanding pujian terhadap bakat lakonan saya. Bukan saja di mata penonton, pengarah pula memberikan saya watak yang biarpun pelbagai, tetapi tetap bertumpu kepada seksi. Ini seperti polis seksi, suri rumah seksi, wanita penggoda, cikgu seksi.

“Semua ini di luar kawalan saya kerana sudah diberi watak sedemikian. Sebagai pelakon, saya bertanggungjawab mempamerkan lakonan yang hidup. Tetapi, kesudahannya, bukan lakonan sebaliknya aspek fizikal yang menjadi ukuran.

“Bukannya saya tidak sukakan pujian itu tetapi apa yang menyedihkan, soal bentuk badan itu yang menenggelamkan kemampuan sebenar saya,” katanya dipetik media tempatan, semalam.

Bagaimanapun, Bipasha mengakui dirinya yang sudah sebati dengan imej itu dan sukar untuk menukarnya dalam sekelip mata.

“Saya cuma mahukan orang menilai bakat sebenar saya dan bukan imej seksi.”

Dalam filem terbarunya, Pankh, Bipasha membawa watak gadis gila-gila. Bagi filem Shab Charitro Kalpanik, jelitawan berkulit hitam manis ini membawa watak agak berat mengenai isteri yang berkomunikasi dengan suaminya yang sudah mati.

“Memang menarik dapat membawakan pelbagai watak yang mencabar ini. Saya gembira kerana sekurang-kurangnya orang dapat melihat Bipasha sebagai pelakon serba boleh.” - Agensi

Berita Harian

Bipasha Basu Bosan Dengan Imej Seksi

November 6th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Bipasha Basu

MUMBAI - Aktres terkenal Bollywood, Bipasha Basu (gambar) menyatakan dia berusaha keras untuk menonjolkan bakat lakonannya selepas bosan kerana sering dikaitkan dengan imej yang seksi, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya bosan kerana peminat-peminat menilai dan mengaitkan segala watak lakonan saya dengan imej yang menggoda,” katanya.

“Sekiranya saya melakonkan watak seorang guru, saya akan dilabel guru yang seksi dan saya juga menjadi polis yang seksi serta suri rumah yang seksi.

“Saya sudah bosan dengan perkara itu, tetapi imej itu tetap melekat pada diri saya tidak kira apa yang saya lakukan,” jelasnya.

“Saya akan muncul dengan filem terbaru berjudul Pankh di mana saya akan melakonkan watak seorang gadis pelik yang bercita-cita tinggi dan saya juga akan muncul dalam sebuah filem cinta, ShabCharitro Kalpanik.

Menurutnya, ShabCharitro Kalpanik mengisahkan seorang balu yang berhubung dengan mendiang suaminya melalui sastera.

“Saya juga akan berlakon dalam filem romantik seram bertajuk Freeze dan saya berharap para peminat akan memberi penilaian berlainan terhadap lakonan saya dalam filem-filem tersebut,” katanya. - Agensi

Kosmo

Bipasha Nafi Sertai Realiti TV

September 1st, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Bipasha Basu


BIPASHA BASU

MUMBAI - Aktres terkenal, Bipasha Basu berkeras menyatakan dia tidak akan terlibat dalam program realiti televisyen walaupun beberapa nama besar Bollywood melakukannya kerana menerima tawaran lumayan, lapor sebuah akhbar semalam.

Desas-desus berhubung perkara itu timbul selepas Bipasha muncul dalam beberapa program realiti televisyen untuk mempromosi filem-filem lakonannya.

Spekulasi mengenainya semakin hangat diperkatakan selepas heroin filem Dhoom 2 itu muncul dalam program realiti tarian yang dihoskan aktres Raveen Tandon.

Bagaimanapun, Bipasha segera menafikan bahawa dia akan muncul sebagai salah seorang hakim dalam rancangan popular itu.

“Berita bahawa saya akan menjadi salah seorang hakim dalam program tersebut adalah tidak benar. Saya hanya muncul sebagai tetamu rancangan itu,” jelasnya.

Menurutnya, dia lebih gembira berlakon di layar perak dan belum bercadang untuk muncul dalam program televisyen. - Agensi

Kosmo