Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Kajol’ Category

Mahu Cari Kelainan

October 24th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Ajay Devgan, Kajol

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Media gelar Kajol Malaysia, kalau boleh Farawahida mahu dikenali dengan nama sendiri

SENGAJA bereksperimentasi dan bukan niat mengembalikan cerita lama, kononnya gadis jelita berkulit hitam manis bernama Farawahida Razali, 23, ini ada mirip bintang Bollywood, Kajol.

Lalu untuk tatapan pembaca setia Hip, kami paparkan penyanyi dalam busana mirip bintang Bollywood itu. Kebetulan sesuai pula dengan sambutan Pesta Cahaya Isnin ini, Fara tidak keberatan untuk menyarungkan sari berona menjerit yang menyerlahkan lagi penampilannya. Untuk penampilan kedua, gadis bergigi cantik yang bakal muncul dengan album ketiga ini bergaya kasual dengan rambut palsu sebagai pelengkap.

Almaklumlah, Farawahida yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Fara sudah mula membuat himpunan rambut palsu.

“Tak Fara nafikan masih ada yang memanggil saya Kajol sewaktu membuat persembahan. Jujurnya, Fara sendiri tidak mampu menjawab sama ada masih selesa atau tidak dengan gelaran itu kerana ia mula diberi pihak wartawan sendiri.

“Apa yang mampu dikatakan Fara bersyukur dengan apa juga perkara positif yang diberi, tetapi biarlah peminat mengenali diri ini sebagai Farawahida.

”Demi menampilkan kelainan, sekarang ini memang Fara sudah mula mengumpul rambut palsu yang kebanyakannya dibeli di Indonesia. Fara sudah memiliki lebih 30 rambut palsu. Ada yang keriting, afro, sanggul dan berwarna putih,” katanya yang begitu teruja dengan hobi baru mengumpul rambut palsu.

Mengintai perjalanan kerjaya pemenang Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang

Popular Berita Harian (ABPBH 2006) ada kalanya timbul dan sesekali nampak macam sudah tenggelam dan sepi.

Hakikatnya, mungkin Fara jarang diberi publisiti buat tatapan media cetak dan elektronik sedangkan dia masih meriah mendapat undangan membuat pertunjukan.

Selepas muncul dengan album Tanpamu pada 2006 dan Semuanya Ada Di Sini (2007), Fara kini sedang rancak membikin album seterusnya yang dijangka dipasarkan di Malaysia dan Indonesia. Album ketiga ini memadankan konsep etnik kontemporari tetapi ada yang disampaikan dengan muzik pop dan balada. Selain lagu tempatan, ada dua lagu dari negara seberang yang bakal dimuatkan.

Biar sesuram mana pasaran album di negara kita, Fara masih mampu tersenyum dan ‘terbang jauh’ kerana masih diberi peluang dan kepercayaan membikin album. Kontrak lima tahun bersama Millenium Arts Sdn Bhd hanya berbaki setahun lebih dan pastinya digunakan sebaik mungkin bagi Fara untuk memantapkan legasi seninya.

“Ikutkan artis yang menerjah persada seni bersama-sama Fara belum pasti akan ada album macam Fara. Itu Fara tidak boleh sangkal dan secara jujurnya biarpun pasaran album tempatan dilihat tidak menentu naik turunnya, Fara bersyukur kerana Julfekar masih mampu mencari ruang untuk menghasilkan album Fara, walaupun syarikatnya tidak boleh dibandingkan dengan syarikat gergasi yang memonopoli penghasilan album di negara kita,” ungkap Farawahida yang turut terbabit dengan album Bakti berjudul Untukmu Sayang yang membabitkan isteri menteri di Malaysia dan beberapa selebriti tempatan lain seperti Anita Sarawak, Jaclyn Victor, Salamiah Hassan, Sheila Majid dan Amy Mastura.

Tak lupa jasa Julfekar

NAMA Farawahida cukup sinonim dengan nama komposer yang juga majikan tempat kerjanya, Julfekar sehingga pernah timbul gosip yang mengatakan mereka mempunyai hubungan intim. Lebih dahsyat lagi mereka dituduh sudah berkahwin.

Cerita itu bagaimanapun ditepis dan akhirnya ia berlalu sepi begitu saja. Ditanya sampai bila dia akan terus bekerjasama dengan Julfekar, Fara masih belum mampu memberi jawapan konkrit.

Gadis kelahiran Taiping, Perak ini juga tidak banyak dikaitkan dengan gosip percintaan dan kontroversi dan dia juga lebih pantas meneruskan kerjaya tanpa gosip dan usikan merapu yang dilihat tidak penting sama sekali.

“Tanpa ragu, Fara tidak boleh melupakan jasa dia (Julfekar) yang banyak membantu memacu kerjaya Fara selama ini. Fara juga tidak boleh menutup mulut orang yang beranggapan negatif terhadap kami kerana Fara masih mengikat kontrak dan dia masih bos Fara. Fara percaya dan senang dapat berkolaborasi dengannya. Untuk menjawab sampai bila Fara akan terus bekerjasama dengannya, Fara sendiri tidak pasti. Tunggu dan lihat sajalah.

“Fara lebih senang jika perjalanan kerjaya Fara tidak dilengkapi dengan kisah gosip cinta yang tidak pasti hujung pangkalnya. Sekalipun Fara ada kekasih, Fara lebih senang mendiamkan diri tanpa perlu heboh-heboh. Lihat saja contoh macam Yanie Mentor, alih-alih dia sudah berkahwin. Tapi kita hanya mampu merancang dan berkata itu ini, kerana apa yang bakal berlaku ke depan nanti, mungkin juga akan merubah segala-gala.

“Bagi Fara, sampai bila seseorang artis itu mampu bertahan andai hanya bersandarkan pada gosip dan kontroversi. Ada yang cakap sesetengah artis boleh melonjak populariti dengan perkara sebegitu tapi bagi Fara sendiri, biarlah orang kenal Fara dengan bakat nyanyian,” katanya.

Info Farawahida:

Dilahirkan pada 19 Mac 1985 di Taiping, Perak. Berdarah campuran Melayu-Pakistan dan anak keempat daripada enam beradik.

Mula menyanyi di khalayak pada usia lima tahun.

Pernah bergelar finalis Wirawan Seni Remaja EON 1995; Finalis Pepsi Young Discovery Challenge 1996; Finalis Sinaran TV3 2000; Finalis Bintang RTM 2001; Finalis Bintang URTV 2002 dan Finalis.

Suara Jati Malaysia 2003. Siapa sangka, meskipun dianggap muka baru dalam industri muzik tempatan, album sulungnya, Tanpamu, menembusi pasaran Indonesia tahun lalu. Kira-kira 3,000 unit album dijual dalam tempoh seminggu.

Untuk album kedua Farawahida mengundang beberapa artis seperti Endang S Taurina untuk lagu Di Sini Ada Cinta, The Fabulous Catz untuk lagu Rakus… (Mengapa Begini) ciptaan Julfekar dan Slen.

Bagi album ketiga ini, lagu Hilangkan Segalanya dijadikan single pertama.

Selain terbabit dengan album Bakti, Farawahida juga menyanyikan lagu Kita Anak Malaysia bagi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Lagu itu akan dinyanyikan olehnya juga menjelang Hari Merdeka pada tahun ini.

Sepintas Farawahida

Julfekar: Majikan dan bosnya. Seorang yang mempunyai komitmen tinggi, bertanggungjawab, tegas, berdisiplin dan sentiasa memastikan yang terbaik untuk syarikatnya, Millenium Arts Sdn Bhd.

Kajol: Pelakon terbaik dan popular di Bollywood dan isteri kepada pelakon Ajay Devgan serta pandai menari dengan langkah tersusun. Fara mula mengenali Kajol sejak filem Kuch-Kuch Hota Hai dan suka melihat kening dan rambut ikal mayangnya.

Kasut: Suka mengumpul kasut dan sudah lebih 300 pasang dimilikinya, berharga sekitar puluhan ringgit hinggalah ke ratusan dengan pelbagai jenama. Antaranya seperti Vincci, Nose, Edward Forrer, Guess dan sebagainya. Fara paling takut memakai kasut tinggi (high heel), Fara lebih suka memakai kasut tapak rata (wedges).

Minyak wangi: Ini juga satu kesukaannya. Fara memang gemarkan daripada bau yang lembut berperisa buah-buahan seperti buah limau, bunga-bungaan dan koleksi jenama Anna Sui, Elizabeth Arden, Salvatore Ferragamo, Gucci, MNG, Burbbery dan macam-macam lagilah.

Profil

Farawahida Razali

Nama Panggilan: Fara

Tarikh Lahir: 19 Mac 1985

Asal: Taiping, Perak

Berita Harian

Casting A Spell

June 22nd, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Aishwarya Rai, Bipasha Basu, Kajol, Kareena Kapoor, Saif Ali Khan

Casting a Spell
 

It’s that time of the year when one simply fails to rework his or her wardrobe. Monsoon hits one’s wardrobe in the most awful fashion. The best of couture simply gets washed away with Rain gods at their naughtiest! Well, the least we can do is lend our ears to experts. Fashion connoisseurs give a lowdown on how to put the best foot forward; even if a puddle comes your way.

Restrained elegance

With the trademark accent on subtle, designer duo Abraham and Thakore have created a monsoon collection comprising relaxed separates in natural fabrics like high-twist cotton voiles and breathable cotton georgette. Muted colour story with ivory, pale khakhi, soft pinks and black narrates. And they embrace interesting motifs like elegant tulips, chandeliers embellished with crystals and the magnificent monuments.

David Abraham says, “It’s subtle but not minimal. This monsoon, we do not want to make a strong statement. It’s all about restrained elegance with easy separates. There is fair amount of volume, which gets its shape with tie-up detailing for uppers.”

Oozing sophistication, the collection comprises simple dresses, tunics, trousers, sarees and shirts. Abraham advises, “Please don’t wear white bottoms. Muddy hems look terrible. Wear whites for uppers for a fresh feel. Grey is a good option.”

Imprinted

If bold is your style, prints are a safe option for monsoon. By safe, we are referring to peek-a-boo disasters with sudden downpours. Prints come totally handy. Designer Dimple Varma of the label Turquoise and Gold agrees, “No fabric is great in the rain. You see the ugliest side of dresses during monsoon. So, keep it simple with sensible prints. Capris are used, abused and finished. Wear regular jeans and fold them up when you need to manouever rain-washed muddy roads.” She suggests a nice aubergine in place of white and advocates knits, cottons, voiles and linens for the dampening season.

For fashion choreographer and designer Sheetal Sharma, monsoon is all about casual and practical. She says, “It is shorter pants and knee-high styles. Fabrics should not be body-hugging. Replace silks, georgettes and chiffons with knits like cotton woolies that protect you from the fierce wind.”

Key style

We asked our glam panel to advice on the ideal monsoon garb. David Abraham suggests, “Well-cut lightweight trouser with cotton tunic and waterproof flats. Sling on a scarf to play on the salwaar-kameez.”

Colours are what Sheetal strongly advocates. She laughs, “Don’t get washed away by the monsoon and disappear into the earth. Avoid muddy browns and olives. Sport vibrant colours through accessories. Carry a funky designer umbrella and a stylish PVC bag. Wear waterproof ballerina shoes.”

Suggesting an ideal investment, Dimple says, “Honestly, a simple salwaar-kameez is the best option. It’s non-fuss and makes for great office wear. A dupatta is so multipurpose. Put it on your head when drizzling or put it around you when completely drenched.”

The classic salwaar kameez or its modern version -splash some colour and let fashion fight monsoon faux pas this year!

Doting dad
 
The big fat indian wedding

For the father of the bride, it’s an unforgettable day as the apple of his eye enters a new domain. Emotions apart, flaunting the right look for the occasion is a must. Men’s wear designer Medhavini Khaitan charts out a course for fathers. She says, “The whole look should complement the father’s personality and he must opt for an ethnic look, not only because the occasion demands so but it’s also practical. There are many rituals, which require him to sit at the mandap.”

Ethnic certainly does not mean a lack of choice. Go for a sherwani or an angarakha. Those willing to experiment can try shorter-length sherwanis and achkans. Team the uppers with churidaar or Aligarhi trousers. Tall fathers can go for lots of churis in the churidaar. Popular fabrics are tussar silks, heavy jacquards, cotton silk and cotton-based matka silk. We suggest subtle embroidery like Kashmiri, bootis and Mughal motifs. Heavy Lucknawi chikankari on linen kurta is a hit too.

Let the colour palette be earthy with beige, brown and grey. Those who are not superstitious about black, have another option.

Turban is a must-have accessory for the father. Like bandhej for the Marwaris and pink for the Punjabis. Try a saffron turban with golden block prints and gota linings. Jootis are the obvious footwear.

Groom’s father

He can go completely ethnic or western. A classic prince suit in black, beige or plum is highly recommended.

- As told to Shagufta Kalim

Bollywood fashionscape
 

Fashion pundits may set and wave off trends with a whiff of a new collection. But for the janta, Bollywood fashionscape matters. Love it or hate it but there’s no escaping it. And gone are the days, when Bollywood was all flashy and no class. With fashion designers calling the shots, our actors are the envy of every haute fashionista worth her Armani dress, Louis Vuitton bag and Prada shoes. Here we discuss five haute looks gifted by Bollywood to its fans this 2008.

Bipasha Basu in Race

Bipasha Basu has turned western with a vengeance. No wonder her racy wardrobe impressed even fashion guru Jean Paul Gaultier. Agnimitra Paul observes, “Bips simply followed the less is more diktat in Race. She looked absolutely gorgeous in the LBD and of course full marks to her for comfortably slipping her tall frame into short flared skirts, noodle strap tops and knee-high boots. Bips went for hair extension and extended her eye-liner quite like Sophia Loren. It shows she’s ready to experiment with her looks.”

Saif Khan in Race

Be it designer suits or casual garb, style was written all over Saif Ali Khan’s look in Race. Men’s wear designer Medhavini Khaitan says, “Suave Saif can carry any attire with perfect 
lan. The chote nawab’s style quotient hit the bull’s eye in Race. The stubble clearly added to his charm. Thanks to the actor, waistcoats are quite a catch this season. Pair it with jeans, a casual shirt and ankle high boots - ala Saif and you won’t go wrong.”

Kajol in U, Me aur Hum

Kajol is no fashion icon and the lady knows it perfectly well. Yet, she has a definite sense of style. “Kajol’s girl-next-door look in the film is refreshing. She plays by the rule; conceal the faults and highlight the plus points. The long flowy dress in white and neutral shades gave her the ultra-feminine touch and sure is a nice pick for the season,” feels Agnimitra Paul.

Kareena Kapoor in Tashan

Kareena Kapoor looked quite like the poster girl of a vintage western movie in Tashan. Madame K’s almost size-zero figure and her itsy-bitsy teenie-weenie lime green bikini and outfits scored high on the fashion meter. Fashion designer Agnimitra Paul, says, “Kareena’s clothes were ultra-short. But the grunge look with a dose of feminine charm blended quite well. As for scene stealers, count her in the boho shorts and the midriff baring top. Next in contention was the black lycra mini skirt paired with grey spaghetti top and high heel boots. But beware, following the Kareena style is not meant for the meek-hearted. Opt only if you are confidence personified.”

Aishwarya Rai in Jodha Akbar

Tradition is evergreen. The strong impact of Aishwarya’s Jodha Akbar look on the Indian bridal bazaar is evidence. Trousseau specialist Ayan Sarkar says, “While the Rajput and the Mughal clan fully endorsed the ethnic look, the subtle difference in their culture and attire has been beautifully highlighted in the film. Aishwarya’s zardozi lehengas in sheer nets and silks dazzled in a riot of colours and the heavy kundan jewellery was a winner.”

Skirting around
 
By Gayatri Reddy

Skirts - knee, calf or ankle length - are fun summer and monsoon staples. Thanks to the variety of hemlines, all age groups can play around with this trend.ῠ Minis are great if you have the legs to carry them. Keeping the weather in mind a flowy silhouette seems best. But you can look stunning in a pencil skirt for a night out.

Prints purely depend upon your mood. As designer Anju Modi puts it, “Happy, colourful, floral, indigo, plain white and black - are all good options in skirts for this season.” The advantage of wearing plain coloured skirts is that you can team them with either a blouse in a contrasting shade or go in for a printed top. A single shade is very pro-budget.

“The idea is to economise, not worry about wardrobe space as you have fewer things and have the freedom to mix-and-match,” adds Anju.ῠ The typical churidar-kurta-duppata combo is pass
. Dresses are hot but not everyone is comfortable in them. Skirts, on the other hand, appeal to all points out Anju. “If you don’t have the perfect figure, wear long open-buttoned jackets over knee- length skirts for a slimmer look,” she advises.

Leggings too go well with shorter skirts and the tops can always be on the slightly longer side if your abs is not the washboard variety. So, make your pick and skirt around in style!

 
 Features of the Week
 
 

Deccan Chronicle

Apa Di Sebalik Aksi Murai?

February 11th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Awal Ashaari, Kajol

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


PERSAINGAN sengit kumpulan Aura, Vaniti dan Glamorama.

MENAMPILKAN kelainan, program Aksi Murai menggabungkan para artis dan peminat dalam satu program berbentuk pertandingan.

Setelah mengharungi cabaran dan rintangan sepanjang 12 episod, kumpulan Aura yang dibarisi penyanyi Farawahida, Dafi AF5 bersama dua peminat bertuah, Nelly (pesaing Fasha Sandha) dan Apit (pesaing Izwan Pilus) telah meraih juara program ini.

Aura telah menewaskan dua kumpulan lain - Vaniti yang dibarisi pengacara terkenal Awal Shaari, Shawal AF5 bersama Nora (pesaing Farhan AF4) serta Ain (pesaing Datin Seri Siti Nurhaliza); dan Glamorama yang diwakili oleh deejay popular, Nana serta Haziq AF4 bersama dua peminat bertuah iaitu Siti (pesaing Mila AF5) dan Ajiem (pesaing Fazli Zainal).

Kemenangan itu melayakkan Aura memenangi pakej percutian ke Utara India termasuk ke Taj Mahal. Jelas, kemenangan yang tidak dijangka itu merupakan satu berita gembira buat mereka semua.

“Tak sangka kami boleh menang kerana kumpulan Vaniti dan Glamorama turut menghasilkan lukisan yang unik dan menarik.

“Kami tidak pernah pun menjejakkan kaki di India dan ini merupakan peluang keemasan kami serta berharap agar percutian ini akan memberi kenangan manis kepada kami semua,” ujar Dafi dengan wajah gembira.

Selebriti yang acapkali digelar Kajol Malaysia, Farawahida pula menambah, kemenangan ini hasil daripada kepercayaan diri masing-masing dan kerjasama yang dilakukan.

“Kami baru saja mengenali sesama sendiri dua hingga ke jam sebelum rakaman program ini dimulakan tetapi kami mempunyai persefahaman yang sangat kuat.

“Kebetulan pula, kumpulan kami beruntung kerana Nelly mempunyai bakat melukis dan ini lebih menyenangkan kami untuk membahagikan kerja masing-masing,” tambah Farawahida sambil diiringi gelak tawa.

Apit dan Nelly pula menganggap kemenangan ini bagaikan bulan jatuh ke riba, kerana mereka sama sekali tidak menyangka akan bercuti bersama dua penyanyi terkenal.

Sementara itu, kumpulan Vaniti tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka menerima hamper menarik bernilai RM600 dan Glamorama pula menerima hamper bernilai RM400 setiap seorang. Sumbangan-sumbangan tersebut ditaja oleh Ikram Creations Sdn. Bhd.

Sebenarnya bukan mudah untuk melihat sebuah perkongsian idea gabungan artis dan peminat dalam masa satu jam menerusi Aksi Murai.

Kerjasama yang dilakukan secara berkumpulan, kreativiti, skil dan originaliti karya merupakan kriteria-kriteria yang dikira dalam sistem pemarkahan juri.

Menerusi segmen lakaran yang dilukis dan diwarnakan dengan spontan telah diadili oleh juri profesional di kalangan pelukis handalan iaitu Yusof Gajah, S. Amin Shahab dan Suria Suim.

Dafi, Haziq dan Awal mewakili kumpulan masing-masing dalam tugasan mewarnakan lukisan tersebut.

Riuh rendah ahli-ahli kumpulan diikuti dengan reaksi hangat para penonton yang memenuhi studio membuatkan menyebabkan tumpuan ketiga-tiga jejaka tersebut sedikit terganggu saat menyiapkan lukisan mereka itu.

Karya akhir lukisan Dafi (objek ikan), Haziq (wau) dan Awal (kambing), kemudiannya diberikan markah yang dicampurkan ke dalam markah keseluruhan kumpulan masing-masing.


AURA dibarisi dari kiri, Farawahida, Apit, Dafi dan Nelly.

Dalam pada itu, ketika pertandingan sedang hangat dijalankan, Farhan, Izwan Pilus, Fazli Zainal dan Mila menghiburkan para penonton yang hadir dengan persembahan masing-masing.

Program yang dihoskan oleh Ajieb (Razif Rosdi) dan Dyra itu yang telah menemui penonton di saluran Astro Ria sejak 26 November lalu dengan menampilkan 12 artis dan 12 peminat dalam mengharungi tugasan-tugasan yang diberi.

Aksi Murai yang lebih sekadar menyediakan platform untuk artis turun padang bertemu peminat fanatik dengan lebih dekat turut memperkenalkan industri kecil dan sederhana di Malaysia selaras dengan seruan kerajaan yang ingi menggalak dan memberi pendedahan bidang tersebut kepada golongan muda.

Sambil memperkenalkan pelbagai jenis industri, antara artis dan peminat yang bergabung tenaga untuk menjadi pemenang mingguan ialah, Fasha Sandha bersama peminatnya, Nelly menerima tugasan pembuatan keropok leko; Siti Nurhaliza dan peminatnya, Ain, menerima tugasan menjahit tudung dan pakaian; manakala, Izwan Pilus dan Apit, ditugaskan membuat roti.

Artis-artis lain yang turut serta dalam program ini ialah Mila (industri cendawan), Awal Ashaari (penternakan kambing), Dafi (menjual ikan), Fazli Zainal (membersihkan kandang kuda), Haziq (membuat layang-layang), Nana (menternak ikan keli), Farawahida (berkebun) dan Farhan (membersihkan rumah kebajikan).

Program ini merupakan sesuatu yang berbeza yang dibawakan oleh Astro sendiri, kerana jarang sekali program berbentuk hiburan diselitkan dengan elemen-elemen mempromosikan industri kecil tempatan.

Kepelbagaian pengisian program yang tidak hanya tertumpu kepada hiburan semata-mata merupakan suatu rancangan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan seharusnya program sebegini dijadikan contoh kepada portal atau stesen-stesen televisyen yang lain.

Walaupun program ini mempunyai unsur ilmiah dan boleh dikategorikan sebagai program yang menarik tetapi apa yang kurang digemari ketika menyaksikan program tersebut ialah cara pengacaranya membawakan program itu sedikit menghampakan para penonton.

Ada ketikanya kedua-dua pengacara seperti mahu berebut untuk melontarkan idea bagi menunjukkan kehebatan masing-masing.

Apa yang terlihat daripada pandangan mata penulis, cara pengendalian Ajieb seperti kurang matang. Dia mempunyai bakat tetapi ada sesuatu yang kurang mengenai dirinya lebih-lebih lagi cara penyampaian Ajieb seolah-olah dia menjerit kepada peserta dan penonton.

Walaupun dapat dilihat Dyra seperti cuba menutup kekurangan Ajieb, ia seperti tidak menjadi.

Mungkin Aksi Murai merupakan percubaan pertamanya. Diharap, bagi musim akan datang, cara pengendaliannya lebih matang dan bijak.

Program realiti web pertama di Malaysia ini boleh dilayari di portal murai.com.my mulai 13 Februari ini dan untuk tayangan Astro pula ia akan ke udara bermula 18 Februari hanya di Astro Ria.

Kosmo