Kareena Bengkak Dengan Aishwarya!
November 9th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai, Kareena KapoorKL, 9 NOV 2008: Cerita mahupun gosip rampas-merampas bukan saja fenomena gempak di Malaysia, malah di Bollywood pun ia dah menjadi dendam bak api dalam sekam.
Semua tahu ketika ini kes artis mencelah Bedah (merujuk kepada tindakan potong jalan atau menyelit), begitu hangat diperkatakan di negara kita yang indah permai ini. Beberapa bulan lalu, Fasha Sandha dikatakan mengganggu rumah tangga Nora Danish sampai cerai berai dan sekarang pula kemelut cinta tiga segi Abby-Norman-Memey.
Terbaru dari Bollywwod semalam, Murai Batu tertarik memperkatakan tentang dendam kesumat aktres jelita yang beraura kekwat, Kareena Kapoor, terhadap Miss World, Aishwarya Rai yang dikatakan merampas Abhishek Bachchan daripada kakaknya, Karisma Kapoor!
Murai Batu difahamkan, Kareena masih berasa bengkak dan bengang kerana Aishwarya sanggup mencelah Bedah, merampas Abhishek yang menjadi tunangan kakaknya dulu. Mereka berdua akhirnya putus tunang dan Karisma berkahwin dengan orang lain.
Sebabkan dendam lama yang masih jadi sekam, Kareena khabarnya tidak sanggup bertentang mata dengan Aishwarya apalagi berlakon satu filem dengan aktres jelitawan itu. Dalam pada itu, Kareena kini sedang hangat bercinta dengan aktor Saif Ali Khan. Oklah tu…
Wah.. begitulah hebatnya penangan Abhishek - hero yang menjadi jejaka rebutan ramai aktres Bollywood. Jangan tak ingat, dulu ayah Abhishek iaitu Amitabh Bachchan sendiri pernah jadi rebutan antara Rekha dan Jaya Badhuri. Akhirnya jatuh juga ke tangan Jaya yang namanya kini bertukar kepada Jaya Bachchan. Bagaimana Rekha? Hmm… membujang terus sampai ke tua!
MURAI BATU: Teringat dulu, dua seniwati Melayu pernah rebutkan seorang seniman kacak dari Jalan Ampas. Akhirnya seniman itu bercerai dengan isterinya. Hari ini, anak-anak dari kedua isterinya itu memang artis terkenal. Hebat, hebat!
Murai
