Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Madhuri Dixit’ Category

Celina Jaitley Cakap Besar?

July 15th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Madhuri Dixit


CELINA mendakwa hanya bercinta dengan karier lakonannya.

CELINA JAITELY mungkin tidak muncul dalam banyak filem box-office di India, tetapi dengan dua buah filem antarabangsa lakonannya, Love has no Language dan The Quest of Sheherzade, jelitawan Bollywood ini menegaskan dia kini dikenali di seluruh dunia.

Adakah dia sekadar cakap besar atau benarkah kedua-dua filem lakonannya itu kini menjadikan dirinya pelakon bertaraf dunia?

Tidak cukup dengan dakwaannya sebagai pelakon kelas dunia, bekas Ratu India itu juga membandingkan karier lakonannya dengan aktres terbilang Bollywood, Madhuri Dixit.

“Tiada siapa mengenai Madhuri Dixit sebelum kemunculannya menerusi filem Ek Do Teen, biarpun dia sudah berlakon banyak filem sebelum itu,” beritahu Celina kepada gensi berita India, IANS.

Tambahnya, “Tetapi seluruh dunia mengenali siapa dia Celina Jaitley, kerana saya memiliki imej yang glamor dan seksi. Saya dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia.”

Menjawab persoalan adakah dia hanya dikenali kerana imejnya, jawab Celina, “Saya semestinya sudah melakukannya dengan baik dan itulah sebabnya saya terkenal kerana berimej glamor. Saya memiliki beribu-ribu peminat di seluruh dunia. Mereka menggemari cara lakonan saya dan imej saya banyak membantu.”

“Banyak pelakon yang melakonkan watak-watak yang berlainan tetapi masih menghadapi krisis identiti. Tapi sebaliknya bagi saya kerana saya memerlukan pengawal peribadi sepanjang masa kerana status saya sebagai bintang glamor.”

Menyentuh mengenai gelaran simbol seks, ujar Celina, “Kerja saya ialah memberikan apa yang penonton mahukan dan saya telah pun melakukannya. Selepas empat setengah tahun dalam industri perfileman, sudah banyak yang saya capai.”

Selain dua filem antarabangsa tersebut, Celina juga bakal bergandingan dengan aktor Tusshar Kapoor menerusi filem C Kkompany.

Menyentuh pula mengenai percintaan, dia memberikan jawapan yang cukup stereotaip, “Saya hanya memiliki percintaan yang mengasyikkan dengan karier saya.”

Sepanjang tahun ini hingga ke tahun depan, Celina sebenarnya sudah menandatangani untuk terbabit dengan 15 projek filem.

Selain tiga filem tersebut, lain-lain filem baru lakonan Celina termasuklah Hello Darling, Golmaal Returns, Paying Guest, Chai Garam, sebuah filem belum berjudul terbitan Sunil dan dua projek filem terbitan Astavinayak.

Kosmo

Madhuri To Return?

July 21st, 2003 by admin | Comments Off | Filed in Madhuri Dixit

Madhuri to return?

MADHURI DIXIT may be busy changing nappies and looking after her dear infant. But speculation is rife about her return to the tinsel world. There are rumours about her being asked to play the Radha of Mother India in a remake of the classic. There is a possibility that she may essay the choti bahu of Sahib Biwi aur Ghulam in Pritish Nandy’s remake (to be announced soon) of the Guru Dutt’s masterpiece. Gear up Ms Nene for the comeback.

Hindu On Net