Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Priyanka Chopra’ Category

Priyanka Utama Penampilan Untuk Saing

November 10th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Abhishek Bachchan, John Abraham, Priyanka Chopra

MUMBAI: Aktres Bollywood Priyanka Chopra kini menyertai kelompok heroin yang berlumba-lumba memastikan mereka terus memiliki bentuk badan menawan yang menjadi isyarat untuk terus kekal di persada filem yang amat sengit itu.

Malah, Priyanka mengakui beliau sudah bekerja keras, termasuk ke gimnasium bagi membawa wataknya dalam filem terbaru, Dostana yang memerlukannya mendedahkan susuk tubuhnya dengan memakai bikini.

“Bayangkan, untuk filem sebelum ini, Fashion, saya terpaksa menambah berat badan enam kilogram dan mengurangkan berat badan secara perlahan untuk disesuaikan dengan watak.

“Namun untuk Dostana, bentuk badan saya perlu lebih kurus kerana sebahagian besar penggambaran membabitkan kawasan tepi pantai. Atas alasan itu, saya tiada pilihan kecuali bekerja keras untuk memastikan bentuk tubuh yang menawan,” katanya dalam temu bual dengan agensi berita IANS.

Selepas berdepan jadual ketat dengan enam filem berturut-turut tahun ini, Priyanka berkata gandingannya dengan aktor popular Abhishek Bachchan dan John Abraham dalam Dostana, memberi pengalaman amat berharga kepadanya.

“Kami seolah-olah bercuti dan pengalaman itu sungguh menarik.”

Lebih bermakna, keseluruhan penggambaran filem itu dilakukan di Miami, Florida yang turut memberi peluang terbaru kepada Priyanka menghidupkan semula kariernya yang agak tenggelam.

“Kami di Miami selama dua bulan. Biarpun penat, tetapi saya rasa lebih bersemangat apabila kembali ke India,” katanya.

Filem romantik komedi dihasilkan Dharma Production milik Karan Johar, akan menemui penonton pada 14 November ini.

Priyanka membawa watak seorang wartawan fesyen yang berkongsi pangsapuri dengan Abhishek dan John yang berlakon sebagai pasangan gay. - Agensi

Berita Harian

Zinta Enggan Kahwin

November 8th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Kareena Kapoor, Preity Zinta, Priyanka Chopra

MUMBAI - Selepas mengharungi keretakan rumah tangga di layar perak, aktres Bollywood, Preity Zinta (gambar) mengaku dia serik untuk berkahwin buat masa ini, lapor sebuah akhbar semalam.

“Buat masa sekarang, tidak sesuai untuk saya berkahwin, lebih-lebih lagi selepas pengalaman pahit perkahwinan saya di layar perak,” katanya.

Aktres berkenaan berseloroh mengenai filem terbaru lakonannya arahan Deepa Mehta, Heaven On Earth yang mendapat kritikan memberansangkan ketika mula ditayangkan pada bulan lepas di bandar raya Toronto, Kanada.

Filem itu menceritakan bagaimana seorang isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, lakonan Zinta, berupaya mencari ketenangan dalam dunia fantasi ciptaannya.

Peranan mencabar itu membuka peluang baru untuk aktres yang sering membawa watak glamor seperti gadis kaya itu untuk terus bertapak dalam industri perfileman antarabangsa.

Seperti Zinta, beberapa aktres terkemuka Bollywood termasuk Aishwarya Rai, Priyanka Chopra dan Kareena Kapoor juga dikatakan turut mencari kelainan dalam watak yang mahu dilakonkan oleh mereka. - Agensi

Kosmo

Chopra Pakai 137 Pakaian

October 31st, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Priyanka Chopra


CHOPRA

MUMBAI - Aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra mendedahkan bahawa dia memakai sebanyak 137 helai pakaian dalam filem Fashion yang kini ditayangkan di pawagam, lapor sebuah akhbar semalam.

Chopra, 26, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana perlu menyesuaikan dengan suasana watak yang dipegangnya dalam filem itu.

Dalam filem itu, Chopra melakonkan watak seorang gadis kecil dari sebuah kampung di India yang mengejar cita-citanya untuk menjadi model terkenal.

Menurut Chopra, dia terpaksa memakai pelbagai pakaian dengan pelbagai corak dan warna yang disesuaikan dengan setiap perubahan watak itu.

Dia berharap filem itu mendapat sambutan selepas beberapa filemnya yang ditayangkan pada tahun ini seperti Love Story 2050 dan God Tussi Great Ho gagal meraih kutipan tiket box-office. - Agensi

Kosmo