Kareena Dendam Aishwarya
November 8th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai, Johnny Depp, Kareena Kapoor, Saif Ali Khan
KAREENA (kanan) enggan menerima tawaran di Hollywood kerana terpaksa membawa watak kecil di samping Aishwarya.
‘Bebo’ akui benci ‘Ash’ kerana rampas Abhishek daripada Karisma
NEW DELHI: Aktres jelita, Kareena Kapoor akhirnya membuka mulutnya mengenai punca beliau menolak tawaran Hollywood kerana kebencian yang meluap-luap terhadap Aishwarya Rai.
Kareena atau lebih dikenali dengan nama jolokan ‘Bebo’ mula bermusuhan dengan Aishwarya selepas aktres itu merampas Abhishek Bachchan daripada tangan kakaknya, Karisma Kapoor, beberapa tahun lalu sebelum mereka berkahwin, tahun lalu.
“Bebo tidak boleh melupakan bagaimana Aishwarya tergamak merampas Abhishek sedangkan Abhishek sudah bergelar tunangan dengan Karisma.
“Pertunangan mereka akhirnya putus dan Karisma berkahwin dengan lelaki lalin,” kata sumber yang dipetik sebuah media tempatan, semalam.
Lebih menghampakannya, Aishwarya kini semakin berseri-seri sebagai menantu keluarga Bachchan dan mendapat pujian dalam dan luar negara.
Atas alasan itulah, Kareena sanggup menolak tawaran pertama Hollywood yang mahukannya membawa watak kecil di samping Aishwarya.
“Tiga tahu lalu, Gurinder Chadda, mahukan Kareena berlakon dalam filem Hollywood Bride & Prejudice. Kareena menyangka beliau membawa watak utama tetapi terkejut besar apabila dimaklumkan yang mereka mahukannya membawa watak sampingan iaitu adik Aishwarya.
“Kareena berasa terkilan dan berikrar untuk tidak lagi bekerja dengan Aishwarya. Kini, satu lagi filem terbaru Gurinder Chadha turut ditawarkan kepadanya, tetapi tetap ditolak Kareena.”
Seperti juga Aishwarya, Kareena yang sedang menjalin hubungan intim dengan aktor Saif Ali Khan, juga antara aktres paling popular dan laris di Bollywood.
Kareena baru-baru ini dikecam hebat kerana tindakannya menolak tawaran hebat bergandingan dengan aktor popular Hollywood, Johnny Depp, atas alasan pertindihan jadual penggambaran.
Namun, ada laporan lain mendakwa tindakannya itu demi menjaga hati Saif Ali yang sememangnya amat cemburu.
Apapun, laporan mengenai perasaan Kareena terhadap Aishwarya atau ‘Ash’ tentu memberi satu lagi tamparan hebat kepada isteri Abhishek itu selepas media menyifatkan Hollywood merendah-rendahkan bakat Ash dengan menawarkan peranan kecil dalam satu filem. - Agensi
Berita Harian