Katrina Bayangi Aishwarya
November 17th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Aishwarya Rai, Salman KhanAktres dilihat lebih berjaya daripada bekas ‘Miss World’
MUMBAI: Seorang adalah wanita paling cantik di dunia manakala seorang lagi adalah model yang menjadi pelakon yang diundi sebagai wanita paling seksi 2008.
Seorang menantu keluarga pelakon pertama di Bollywood, manakala seorang lagi adalah teman wanita pelakon terkenal Bollywood.
Justeru, adakah populariti Katrina Kaif kini mula membayangi kehebatan Aishwarya Rai Bachchan yang juga bekas ‘Miss World?
Selepas memenangi Ratu Cantik Dunia pada menantu keluarga Bachchan itu meletakkan nama India di mata dunia. Tiga tahun kemudian, beliau membuat penampilan pertamanya di pawagam di selatan India dan sejak itu, dia banyak menerima anugerah atas lakonannya antaranya dalam filem Hum Dil De Chuke Sanam, Mohobbatein dan Devdas.
Bekas pelajar seni bina itu turut berjaya melompat dari Bollywood ke Hollywood apabila baru menyudahkan penggambaran filem kedua Pink Panther, yang dijangka ditayangkan pada 2009.
Bagaimanapun, kini muncul seorang lagi pelakon wanita yang bakal menandingi kehebatan Aiswarya iaitu Katrina Kaif.
Beliau terkenal kerana menjadi kekasih pelakon Salman Khan sebelum filem hebat lakonannya Boom, ditayangkan, mula dikesan dalam filem Maine Pyaar Kyun Kiya. Sejak itu, Katrina menjadi taruhan empat filem terhebat pada 2007.
Katrina turut popular dalam industri pengiklanan India. Awal tahun ini, beliau mengatasi Aishwarya dalam pencarian peminat mengenai beritanya dalam internet.
Malah, beberapa minggu sebelum tayangan perdana filem Singh is Kinng, Katrina menggantikan tempat Aishwarya sebagai Duta Jenama Nakshatra iaitu jenama barang kemas permata terkenal dunia.
Katrina digambarkan di layar perak sebagai mewakili imej kontemporari India, manakala Aishwarya sering mempamerkan diri sebagai wanita konvensional India.
Di pentas antarabangsa, Aishwarya sering mempromosikan kebudayaan India. Pada Festival Filem Cannes 2003, pelakon itu menghadiri sesi permaidani merah dengan mengenakan sari.
Dengan kenyataan Aishwarya pernah menjadi bekas kekasih Salman Khan, maka tidak mustahil akan wujud persaingan antara dua aktres cantik ini. - Agensi
Berita Harian