Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Shah Rukh Khan’ Category

Pendapatan Artis Bollywood Terjejas

November 14th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Salman Khan, Shah Rukh Khan



Katrina Kaif (kiri) dan Shah Rukh Khan

Krisis kewangan global punca gaji dipotong

NEW DELHI: Krisis kewangan global tidak hanya memeningkan kepala kalangan korporat, tetapi turut meninggalkan kesan ketara di persada Bollywood apabila industri filem berkenaan serta poket pelakonnya juga terjejas.

Masalah itu menyebabkan pembatalan projek, pembuangan pekerja besar-besaran dan filem yang terpaksa ditangguhkan tayangannya, mencetuskan kekalutan bagi industri yang menghasilkan 200 filem setahun.

Malah, nama besar seperti Shah Rukh Khan, Katrina Kaif dan Akshay Kumar yang selama ini dihujani tawaran lumayan, kini terkedu apabila menerima gaji yang jauh lebih rendah berbanding sebelum ini akibat tempias kemerosotan ekonomi global.

Malah, bintang besar itu bukan menyaksikan potongan gaji 10 atau 20 peratus malah 50 peratus.

“Bintang popular ini menerima bayaran lumayan mencecah lebih AS$18 juta (RM57.6 juta) bagi satu filem. Tetapi kini, apa yang saya dengar, ada di antara mereka menerima tawaran yang menyaksikan potongan hingga 50 peratus,” kata Presiden Persekutuan Filem India, Vijay Khemka.

Penerbit jurnal perfileman Bollywood, Film Information, Komal Nahata berkata, syarikat perfileman besar juga sudah melaksanakan langkah terdesak termasuk tawar menawar soal gaji, membuang pekerja serta melewatkan tarikh tayangan.

“Suasana suram memang terasa sekarang. Ramai bimbang sejauh mana seriusnya kemelut ini dan kesannya ke atas mereka.”

Kalangan penganalisis industri meramalkan penurunan bilangan filem mencecah 20 peratus tahun ini dan ada yang menjangkakan mungkin jumlah itu jauh lebih tinggi lagi.

“Bayangkan tiada sebarang pengumuman mengenai projek filem baru diumumkan sejak tiga bulan lalu,” kata penganalisis, Amod Mehra.

Sebuah syarikat produksi utama Bollywood, T-Series, sudah mengarahkan pengarah Pooja Bhatt memotong bajet filem yang dalam proses penggambaran, Kajra Re.

Ia juga menilai semula bayaran AS$15 juta (RM48 juta) kepada pelakon utama Salman Khan yang juga teman lelaki Katrina untuk muncul dalam filem itu.

“Kesannya amat terasa. Syarikat korporat tidak lagi berani mengemukakan sebarang bantuan kewangan atau peruntukan disebabkan perkembangan ekonomi semasa yang tidak menentu.” - Agensi

Berita Harian

Sambutan Hebat Untuk Shah Rukh Khan

November 12th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Shah Rukh Khan, Shahrukh Khan

Oleh Amirullah Andi Nur
arullah@bharian.com.my


PELBAGAI persiapan dilakukan kerajaan negeri Melaka bagi menyambut kedatangan Shah Rukh Khan dan rombongannya.

Bintang Bollywood hadir bersama rombongan besar untuk menerima anugerah keempat tertinggi kerajaan negeri Melaka

MELAKA, yang kini bergelar Bandaraya Warisan Dunia sudah bersedia untuk menyambut kunjungan bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan @ Shahrukh Khan sempena majlis penganugerahan darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk kepada beliau pada 29 November ini.

Kerajaan negeri sejak beberapa minggu lalu sudah melakukan pelbagai persiapan dan minggu ini, sebahagian besar daripada acara yang akan diadakan sepanjang dua hari tetamu istimewa itu berada di negeri kelahiran Hang Tuah itu, sudah pun dimuktamadkan.

Majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu anugerah keempat tertinggi kerajaan Melaka itu dijadual diadakan di kira-kira jam 10.30 pagi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, 21 kilometer dari pusat Bandaraya Melaka Bersejarah dan bakal disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sepanjang dua hari berada di Melaka, Shah Rukh Khan bakal mempunyai atur cara padat. Mengikut risikan penulis, satu daripadanya adalah sesi bertemu peminat di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jalan Ayer Keroh pada jam 6 petang.

Pelakon ini dijangka tiba di negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 29 November. Beliau kemudian akan dibawa terus ke Melaka dengan menaiki sebuah kereta khas yang memakan masa perjalanan kira-kira sejam.


Shah Rukh Khan

Sebagaimana lazimnya, kedatangan bintang Bollywood ini disertai rombongan besar dan difahamkan ia membabitkan dua bas besar. Selain pengawal peribadi dan tenaga kerja syarikat produksi miliknya, Dreamz Unlimited, beliau bakal disertai krew stesen televisyen India iaitu Zee TV.

Sebaik tiba di Melaka, beliau akan berehat di sebuah hotel atau resort dan membuat persiapan ke majlis penganugerahan itu. Setakat ini, kerajaan Melaka belum memutuskan hotel atau resort yang bakal menjadi penginapan bintang Bollywood itu.

Seperti diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu majlis di Kuala Lumpur lebih dua minggu lalu, penganugerahan Datuk ini akan turut disiarkan secara langsung oleh Zee TV yang berpengkalan di Mumbai, India.

Selepas majlis itu selesai, Shah Rukh Khan dijadual mengadakan sidang media bersama Mohd Ali. Pengumuman Shah Rukh Khan menerima anugerah kebesaran dari kerajaan Negeri Melaka itu khabarnya ia mendapat liputan luas media India sebelum ini.

Selain Zee TV dan wakil media di Melaka, difahamkan lebih 50 wakil media antarabangsa dan tempatan berpusat di Kuala Lumpur serta Singapura dijangka hadir bagi mengikuti majlis penganugerahan itu.

Dalam pada itu, seperti laporan sebelum ini, Shah Rukh Khan dijadual mengadakan sesi lawatan dan rakaman televisyen di beberapa lokasi menarik dan bersejarah di Melaka seperti Kota A’Famosa, Bangunan Stadhuys, Jonker Walk dan Dataran Pahlawan selepas makan tengahari.

Selepas itu, beliau akan singgah di Dataran MBMB bertemu peminat termasuk menandatangani autograf. Pada sebelah malam, beliau akan berkunjung ke beberapa lagi lokasi pelancongan seperti Eye On Melaka, Menara Taming Sari dan Eye On Malaysia selain menyusuri Sungai Melaka dengan bot.

Difahamkan, mulai minggu ini, pengurusan Menara Taming Sari di Bandar Hlir juga sudah memulakan satu peraduan dengan hadiah utamanya adalah sesi menaiki menara berputar tertinggi di Asia Tenggara itu dengan bintang Bollywood berkenaan.

Ada beberapa pihak sudah berura-ura mengadakan peraduan khas bagi membolekan peminat bertuah menikmati makan malam atau bersarapan dengan Shah Rukh Khan, sebagai hadiah utama. Shah Rukh Khan dijadual berlepas balik ke KLIA pada sebelah tengahari dan acara selingan juga kini sedang dalam proses dimuktamadkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Shah Rukh Khan dikatakan sepatutnya sudah datang menerima anugerah berkenaan pada 11 Oktober lalu, iaitu pada hari sambutan ulang tahun Mohd Khalil ke-70, bersama-sama dengan lebih 750 penerima lain.

Sumber memberitahu, pelakon itu sudah berada di Singapura sehari sebelum itu dan bersiap sedia untuk ke Melaka, tetapi membatalkan perjalanannya pada saat akhir. Beliau dikatakan sedih kerana mendapat tahu ada pihak mempertikaikan penganugerahan kerajaan Melaka itu.

“Pagi itu juga dia membatalkan perjalanannya dari Singapura ke Melaka selepas dimaklumkan mengenai pertikaian anugerah itu termasuk menerusi akhbar. Sehari selepas itu, dia terus kembali ke India dengan perasaan sedih,” katanya.

Bagaimanapun, Shah Rukh Khan bersetuju untuk datang semula ke Melaka apabila usaha itu dilakukan menerusi bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin selepas mendapat permintaan daripada kerajaan negeri.

Dalam pada itu, di sebalik kritikan pelbagai pihak terhadap anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman blognya chedet.com, menyambut baik usaha kerajaan Melaka pimpinan Mohd Ali itu

“Kita bukan saja dapat menarik pelancong tetapi kegiatan perfileman memaksa syarikat Bollywood belanja wang yang banyak. Ramai pekerja dan orang lain di Malaysia mendapat banyak nikmat. Ada kalanya Shah Rukh mengadakan pertunjukan percuma untuk bantu badan-badan amal.

“Kerana Shah Rukh memilih Malaysia untuk membuat filemnya banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka. Saya fikir Shah Rukh layak mendapat penghormatan sebagai Dato Kehormat,” katanya.

Berita Harian

Shah Rukh Khan Sheds Heartthrob Image In New Film

November 4th, 2008 by admin | Comments Off | Filed in Shah Rukh Khan

MUMBAI: Fans will see Shah Rukh Khan deviating from his usual heartthrob roles in his new film “Rab Ne Bana Di Jodi”.

The Bollywood superstar who has mostly played the young romantic lead in over 60 films, stretching over two decades, will be basing his character on a middle-aged man he met while hosting a popular TV game show.

However, in new film “Rab Ne Bana Di Jodi”, Khan will not be seen in his fitted designer outfits, and will instead play a bespectacled government employee in ill-fitting trousers.

Khan, who was recently conferred the Datuk title in Malaysia amidst controversy, said at a press conference on Sunday, “I want to play the exact opposite of Raj and Rahul, the romantic hero that I have played all these days. I want to show that it is special to be ordinary, which is why I am doing this film.”

Khan said the character was inspired by a “sweet, unassuming” contestant he met last year on the set of “Kaun Banega Crorepati”, the Indian version of the worldwide hit TV gameshow, “Who Wants To Be A Millionaire”.

The movie, helmed by Aditya Chopra, will have Khan in double-role duty. The second character that Khan plays is also inspired by a gameshow contestant, this time, from “Kya Aap Paanchvi Pass Se Tez Hain?”, the Indian version of America’s “Are You Smarter Than A Fifth Grader?”.

“Rab Ne Bana Di Jodi” opens in cinemas across India in December.

- CNA/sl

Channel News Asia