Sungai Buloh Online
Michael Jackson Peluk Islam
LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.
Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.
Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau ‘Jacko’ dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.
Rakannya, David Wharnsby  -  seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.
“Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama.  Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa  -  bermaksud orang yang terpilih.
Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.
Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.
Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah ΰ4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain.  -  Agensi
Britney Akui Silap Kahwini Federline
LOS ANGELES: Dua tahun selepas perceraian perkahwinan singkatnya dengan Kevin Federline, penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Britney Spears mengakui beliau berkahwin atas ‘sebab yang salah.’
Bintang pop berusia 26 tahun itu bercakap kali pertama mengenai kegagalan perkahwinannya dengan penari bertukar penyanyi rap dalam dokumentari akan datangnya,  For The Record.
Britney berkahwin dengan Federline pada September 2004, lima bulan selepas mereka bertemu sebelum melahirkan anak lelaki pertama, Sean Preston, setahun selepas itu.
Dalam dokumentari itu, Britney membincangkan kehidupannya selepas kehidupan geloranya dan mengakui beliau melakukan kesilapan mengahwini Federline.
Beliau berkata: “Saya fikir saya berkahwin atas alasan yang salah. Saya tidak mengikut kata hati dan tidak melakukan sesuatu yang menjadikan saya gembira.”
Ketika kali pertama bertemu Federline, bekas teman wanita penari itu, Shar Jackson sedang hamil tujuh bulan dengan anak kedua mereka.
Perkahwinan Britney bertahan sembilan bulan selepas perkahwinan pertamanya dengan rakan masa kecil, Jason Alexander, dibatalkan selepas 55 jam berkahwin.
Pada November 2006, hanya dua bulan selepas melahirkan anak kedua mereka, Jayden James, Britney mengejutkan Kevin apabila beliau memfailkan perceraian.
Dua tahun selepas itu, penyanyi itu bertukar kepada seorang yang kerap berparti sehingga menghadiri sesi pemulihan, membotakkan kepalanya dan dimasukkan ke hospital dua kali bagi penilaian psikiatri awal tahun ini.
Britney merakamkan dokumentari selama 90 minit awal tahun ini ketika berusaha kembali selepas menghadapi masa sukar dua tahun.  -   Agensi
Mallika Sherawat Dapat Anugerah
MUMBAI: Aktres Bollywood yang dianggap simbol seks industri filem itu, Mallika Sherawat, (gambar) membuat kejutan terbaru kepada peminatnya apabila diisytiharkan pemenang anugerah kepelbagaian budaya perfileman Amerika Syarikat.
Anugerah ‘Renaissance Artist 2008’ itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan seni yang dipercayai memberi kesan dan impak besar kepada masyarakat antarabangsa.
Antara pemenang lalu termasuk aktres Salma Hayek, Monica Belluci dan Halle Berry.
Trofi itu mengandungi kata-kata: “Mempunyai personaliti unik di layar perak dan lakonan   menyebabkan penonton ketawa dan menangis.”
Ditanya mengenai anugerah berkenaan, Mallika mengulas: “Saya pada mulanya menganggap berita itu tak benar.
“Bagaimanapun, saya pernah berkata, ada perkara lain   lebih mengejutkan daripada aktres India menerima anugerah di Hollywood seperti seorang pemuda kulit hitam   kacak di Rumah Putih.”
Mengenai kedudukannya yang kini setaraf dengan Hayek, Belluci dan Berry, beliau dengan rendah diri berkata:
“Sudah pasti saya belum setanding dengan mereka tetapi mungkin dalam masa 10 tahun lagi selepas saya terbabit lebih lama dan menghasilkan sesuatu yang setaraf seperti mereka.”
Mallika sudah berganding dengan nama besar Hollywood termasuk Jackie Chan dalam filem The Myth dan sedang terbabit dalam penggambaran Hiss bersama Jennifer Lynch dan Robert Kurtzman.
Ditanya mengenai filem terbarunya itu, Mallika berkata: “Filem ini akan memberi kejutan tetapi saya berjanji anda pasti terhibur,”
Aktres Bollywood itu akan menerima trofi kemenangan di Teater Global Universal Studios, California, esok.
Dalam filem Hiss Mallika memegang watak ‘Wanita Ular’ dan laporan mengatakan aktres  itu mungkin tepat untuk watak berkenaan.
Watak itu adalah mengenai ular   menjelma   wanita yang jelita dan tidak hairanlah kejayaannya disebabkan Kurtzman, antara artis kesan khas terbaik Hollywood.
Kurtzman pernah memberi sumbangan  dalam filem Vanilla Sky  dibintangi Tom Curise; Pulp Fiction yang dibintangi John Travolta dan Umar Thurman; Spy Kids dan Evil Dead.
Kurtzman menggunakan teknologi MUFX (mekap prostetik) yang sudah banyak memenangi anugerah.  -   Agensi
Brad Pitt Marah Aniston
LOS ANGELES: Temuramah majalah Vogue dengan Jennifer Aniston dilapor menyebabkan rasa kurang senang bekas suami pelakon itu, Brad Pitt dan pasangannya Angelina Jolie.
Walaupun Aniston dilihat ramai sebagai mangsa perbuatan Jolie dan Pitt, sumber menyatakan Pitt menelefonnya dan membantah pandangan pelakon itu terhadap kenyataan Jolie mengenai bagaimana hubungan mereka bermula.
Penulis pojok Chicago Sun Times, Bill Zwecker  menyatakan Pitt dan Jolie ‘benar-benar kecewa’ dengan temuramah   disiarkan majalah itu yang menyatakan Jolie menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, Aniston turut memuji Pitt dan berkata, hubungan beliau dengan bekas suaminya masih baik dan beliau tidak mempunyai perasaan lain kecuali tertarik dengan kehidupan yang dilalui bekas suaminya itu.  -  Agensi
Namun, beliau berkata adalah sesuatu yang ‘tidak wajar’ bagi Jolie untuk mendedahkan bahawa beliau jatuh cinta kepada Pitt ketika menjalani penggambaran filem ‘Mr dn Mrs Smith.’
Satu sumber rapat berkata, Jolie dan Pitt menyangka Aniston sudah berjaya menerima hakikat segala yang berlaku dan tidak akan membuka semula ‘luka lama’.
Sementara itu, Jolie mendedahkan rancangannya untuk tidak berlakon untuk sementara bagi membesarkan anaknya.
Pelakon berusia 33 tahun itu mempunyai enam orang anak termasuk sepasang bayi kembar Vivienne Marcheline dan Knox Leon, seorang anak perempuan, Shiloh dan tiga anak angkat, Maddox, Zahara dan Pax.  -  Agensi
Jual Kek Demi Si Kecil
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
Fauziah bersama Bill Bora mempromosikan kek coklat Mandarin Oriental.
30 artis, 14 hotel lima bintang sertai acara diadakan di Great Eastern Mall
KILAUAN lebih 30 bintang ternama dan popular bakal memeriahkan lagi acara kemuncak Celebrity Chocolate Cake Sale pada 22 November ini bermula jam tiga hingga lima petang di premis Great Eastern Mall (GEM).
Setiap selebriti terbabit mewakili 14 hotel bertaraf lima bintang sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bersama kek coklat yang dibuat khas untuk jualan amal. Sepotong kek coklat yang dijual dengan harga sekitar RM15 hingga RM25 itu semuanya bertunjangkan kepada misi amal untuk disalurkan kepada badan penjagaan kanak-kanak di bawah seliaan pusat beli-belah itu sendiri.
Idea melahirkan acara amal ini dimulakan pegawai pengaturcara popular, Bill Bora yang kemudiannya dipanjangkan melalui usaha penganjuran GEM. Ia dirancang sebulan setengah yang lalu dan simbolik kek coklat itu dipilih kerana umum sedia maklum bahawa ia menjadi pilihan kanak-kanak.
“Seperti ais krim, coklat juga menjadi kemestian makanan pilihan golongan muda seperti mereka. Duit yang diterima melalui penjualan kek coklat ini akan dijana ke pusat penjagaan kanak-kanak.
“Apabila tercetus idea ini, subjek kanak-kanak terus bermain di fikiran dan golongan selebriti yang terbabit akan menarik perhatian peminat untuk membeli kek dan seterusnya beramal dan menderma.
“Perlu diingat, untuk menderma atau melakukan kebajikan tidak semestinya dengan limpahan wang yang banyak sebaliknya dengan beberapa ringgit saja anda sudah mampu kumpul. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit,” kata Bill Bora sewaktu ditemui Hip di Mandarin Oriental ketika Fauziah Latiff mempromosikan kek coklat daripada hotel terkemuka itu.
Program amal ini sekali gus menolak saluran seperti menjual meja dengan kadar wang yang tinggi. Ia adalah hasil program komuniti kerana peminat atau penderma mampu memiliki kek coklat ini dengan harga yang murah.
Menurut Bill, pada masa yang sama dua kategori akan dipertandingkan iaitu Kek Coklat Paling Kreatif dan Kek Coklat Terbaik. Katanya lagi, ia bakal diadili pihak media yang bertugas di meja wanita.
“Acara ini lebih kepada gaya hidup untuk menarik minat orang untuk berkumpul dan beramah mesra dengan artis dalam melengkapkan misi menjual kek yang diwakili setiap hotel. Wakil media daripada Berita Harian, New Straits Times, Star, Utusan, ntv7, penulis buku dan wakil GEM akan bertindak sebagai juri pada petang itu nanti,” katanya.
Sementara itu, penyanyi yang kini bergelar pelakon, Fauziah Latiff (Jee) turut berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada selebriti yang terbabit dalam acara amal ini.
“Apabila diberitahu ia bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak, ia  menambah lagi minat dan semangat untuk saya menyertai misi amal ini. Tidak kira apa juga medium bantuan yang kita mampu beri, dengan apa cara sekalipun ia pasti memberi makna dan sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban mereka.
“Wajar untuk saya membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan program ini. Saya melakukannya dengan lapang hati dan tangan terbuka,” kata Fauziah Latiff.
Tambah Jee lagi, golongan kanak-kanak patut diberi keutamaan dan tiada istilah prejudis kerana golongan inilah yang menjadi generasi pelapis pada masa depan.
“Kami sebagai selebriti bersatu-padu untuk merealisasikan acara ini sebaik mungkin. Selagi saya mampu dan boleh memberi bantuan, saya pasti meringankan tangan,” katanya yang lebih gemar melakukan amal tanpa sebarang publisiti.
INFO: Celebrity Chocolate Cake Sale
Antara selebriti yang terbabit dan hotel yang diwakili. Diana Danielle, Liyana Jasmay dan Juliana Evans (Berjaya Times) Nora Danish dan Fazura (Legend) Nubhan, Nikki dan Datin Natasha Hudson (Sunway) Fauziah Latiff dan Ning Baizura (Mandarin Oriental) Erra Fazira dan Engku Emran (Equatorial) Vanidah Imran dan Rashidi Ishak (Istana) Eja dan Fahrin (Crowne Plaza) Noryn Aziz, Pushpa Narayan, Bill Keith dan Jaclyn Victor (Grand Millenium) Personaliti ntv7 (Park Royal) Deborah Henry (Nikko) Alan Yun dan Henry Golding (Prince) Tony Eusoff, Cheryl Samad dan Jehan Miskin (Istana)
5 Lirik Loloq Ke Separuh Akhir Muzik Muzik
Teks & Foto oleh Haswari Ali
PETALING  JAYA, 20 NOV 2008:  Sebanyak 5 lagu ciptaan penulis lirik Allahyarham Loloq atau Rosli Khamis, layak mara ke Muzik-Muzik Separuh Akhir 2008 yang akan bermula 28 November ini.
Lagu Allahyarham dipertandingkan menerusi kategori Etnik Kreatif iaitu Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza), satu lagi bagi kategori Balada untuk lagu Bila Nak Saksi dendangan kumpulan Spider.
Seterusnya 3 lagi lagu Loloq turut menyerlah bagi kategori Pop Rock yang mana 2 daripadanya adalah nyanyian Fiq iaitu Bukti dan Aku Lebih Tahu (Mila) serta Mabuk (Spider).
Pengumuman senarai akhir dan majlis sidang media Muzik-Muzik Separuh Akhir telah diadakan di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini dengan dihadiri penyanyi, composer, penulis lirik dan media tempatan.
Muzik-Muzik Separuh Akhir 2008 akan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, jam 9 malam bermula pada 28 November (Etnik Kreatif), 5 Disember (Balada) dan 12 Disember (Pop Rock).
Senarai Muzik-Muzik Separuh Akhir 2008 dipilih melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu itu dalam carta mingguan Muzik-Muzik.
Sebanyak 104 lagu-lagu dari 3 kategori ini dicalonkan sepanjang tahun Muzik-Muzik 2008, namun hanya 34 lagu sahaja yang berjaya ke pusingan separuh akhir sebelum mara ke peringkat akhir untuk layak menggenggam trofi Anugerah Juara Lagu ke-23.
Sementara itu Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio Sdn Bhd, Fadzliniza Zakaria, berkata penyertaan lagu-lagu yang mengambil bahagian tahun ini menunjukkan pengurangan berbanding tahun lalu.
“Faktor ini berlaku kerana masalah industri muzik masa kini, di mana banyak syarikat rakaman yang sudahpun bergabung. Ramai artis yang tidak melahirkan album sebaliknya lebih banyak tampil dengan single.
“Bagaimanapun itu tidak bermakna kualiti lagu-lagu yang bertanding tahun ini turun. Boleh saya katakan lagu-lagu dari kategori Pop Rock dan Balada cukup kuat dan berkualiti. Manakala pencalonan yang kami terima untuk kategori Pop Etnik agak berkurangan tahun ini dan itu menyebabkan penciptaan kategori ini tidak menonjol,” katanya.
Bintang realiti terus dapat perhatian
Seperti juga tahun lalu, Muzik-Muzik Separuh Akhir 2008 sekali lagi membariskan bintang-bintang dari program realiti seperti Mawi, Mila, Heliza, Aizat, Nubhan, Bob, Stacy, Faizal Tahir, Dina, Ayu dan Fazli Zainal.
Mereka nampaknya mendominasi carta Muzik-Muzik Separuh Akhir 2008 tahun ini dengan dendangan lagu hebat yang dicipta serta ditulis oleh komposer handalan negara.
Penyanyi kecil molek bersuara lantang yang juga juara Akademi Fantasia 5, Mila boleh tersenyum gembira apabila 2 lagunya, Mila Bila Cinta dan Aku Lebih Tahu, berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
Bercakap kepada portal murai.com.my, Mila berkata, meskipun ini adalah pertama kali dipilih untuk layak ke Muzik-Muzik Separuh Akhir, dia bagaimanapun meletakkan harapan yang tinggi untuk kedua-dua lagu berkenaan.
“Harapan itu ada, bagaimanapun Mila berjanji akan melakukan yang terbaik kerana saingan yang Mila hadapi sangat sengit terutama dari Meet Uncle Hussien dan Estranged.
“Mungkin inilah satu cara untuk membuktikan kepada orang di luar sana bahawa populariti dan gelaran bintang realiti bukanlah segala-galanya. Tapi bakat yang ada pada kami ternyata menjadi sandaran utama,” katanya.
Pendapat serupa diberikan seorang lagi bintang dari Akademi Fantasia, Bob yang beranggapan kehadiran bintang-bintang realiti ke tahap itu sedikit sebanyak dapat menepis persepsi masyarakat bahawa mereka bukanlah bintang mi segera semata-mata.
“Alhamdulillah, semua orang bercakap Bintang AF sebagai artis mi segera. Mungkin inilah masanya untuk artis mi segera seperti kami membuktikan bahawa nyanyian kami punyai kualiti.
“Memang apabila diberi tahu layak ke peringkat separuh akhir, harapan saya tinggi menggunung. Kerana kita menggalas harapan pencipta lagu dan menjadi kewajipan saya untuk membawanya dengan sebaik mungkin,” katanya.
Senarai Kategori Etnik Kreatif
1. Doa Dalam Lagu : Mawi & Heliza
2. Jarak Rindu : Azfar
3. Puteri Tarian Kasih : Anis Aneesa
4. Pujangga Merindu : Syura
5. Songo : Amy Search
6. Persoalan Cinta : Farawahida
7. Panas : Ifa Raziah
8. Dusta Berkalang : Aiman
9. Mengharap Sinar : Dior
10. Lambaian : Fazli Zainal
Senarai Kategori Balada
1. Teman Terulung : Anuar Zain
2. Hanya Di Mercu : Ayu
3. Lagu Kita : Aizat
4. Sampai Syurga : Faizal Tahir
5. Tanpa : 6ixth Sense
6. Bila Nak Saksi : Spider
7. Dingin : Ziana Zain
8. Cuba : Faizal Tahir
9. Bila Terasa Rindu : Dafi
10. Cinta Terhalang : Bob
11. Ada Untukmu : Nubhan
12. Sejauh Ini : Dina
Senarai Kategori Pop Rock
1. Separuh Masa : The Lima
2. Aku Stacy : Stacy
3. Kalis Rindu  : Elyana
4. Mila Bila Cinta : Mila
5. Cinta Si Rama-Rama : Hattan
6. Ku Merindu : Shah & Ella
7. Bukti : Fiq
8. Lagu Untukmu : Meet Uncle Hussein
9. Aku Lebih Tahu : Mila
10. Rimas : The Faboulous Cat
11. Mabuk : Spider
12. Yang Pernah : Estranged
Ibu Ekin: Hentikanlah Tohmahan Itu
Tonton video ]
Teks oleh Thani Hasbullah
JOHOR BHARU, 20 NOV 2008:  Puan Fatimah Saat, bakal ibu mertua kepada penyanyi lelaki nombor satu negara, Mawi, memohon masyarakat supaya janganlah terus-terusan melemparkan tohmahan dan hinaan kepada keluarganya.
Dalam pertemuan eksklusif dengan murai.com.my di kediaman tiga tingkat baru mereka di Senai, petang semalam, Fatimah dengan rasa rendah diri berkata, segala yang berlaku selama ini adalah ketentuan Ilahi dan keluarganya  menerima ketetapan Tuhan itu dengan rasa bersyukur.
Fatimah akui tidak pernah berdetik di hatinya rasa untuk bermegah-megah atau berangan-angan apabila anaknya, Ekin atau nama sebenarnya, Nora’Ashikin, dan Mawi saling jatuh cinta sehingga bakal disatukan pada Disember ini.
“Apa yang orang di luar sana tidak cakap tentang keluarga kami. Kononnya, kami berangan untuk mendapat artis macam Mawi. Bagaimanapun, kami tidak bersuara dan tidak bercakap tentang hal ini semua. Bagi saya, Tuhan telah tunjukkan jodoh untuk anak saya, Ekin.
“Saya terima benda ini sebagai cabaran. Apabila mendengar cerita mengutuk, mengata saya satu keluarga, saya memang terasa sebenarnya. Tapi saya ambil iktibar apa yang berlaku dan saya redha.
“Macam-macam tohmahan dan hinaan yang kami dapat. Apabila Mawi betul-betul datang berhajat, beritahu kami sekeluarga untuk meminang anak saya… saya rasa seolah-olah macam bermimpi dan tidak percaya,” katanya.
Dalam pada itu, Fatimah turut meminta agar masyarakat berhenti daripada membuat spekulasi tentang kenapa Ekin bertudung.
“Apabila Ekin mahu bertudung, saya tanya Ekin - kamu nak pakai tudung ni ikhlas ke tidak, nak tutup, lepas tu buka? Dia cakap hatinya memang sudah terbuka untuk memakai tudung dan dia berniat pakai tudung hingga ke akhir hayat.
“Mengenai Mawi pula, saya berasa terharu dan bersyukur kerana Allah telah mengurniakan seorang insan yang baik (Mawi) yang mampu membimbing anak saya apabila mereka disatukan tidak lama lagi, Saya berharap rumah tangga mereka dilimpahi rezeki dan diluaskan hidayah. Saya meminta agar Mawi dapat menjaga anak saya baik-baik” kata Fatimah.
Sementara itu, bapa Ekin, Rahmat Mohamed, turut merestui pernikahan anaknya dengan Mawi.
“Apabila mendapat tahu tentang Ekin ingin berkahwin, saya berasa bersyukur kerana sudah tiba masanya untuk mereka berumah tangga. Saya berharap biarlah hubungan mereka ini berpanjangan hingga ke anak cucu, mudah-mudahan mendapat zuriat yang baik.
“Bagi saya, Mawi itu juga insan biasa seperti kita juga, cuma dia popular dan dikenali ramai,” katanya.
Klik di sini untuk menonton video eksklusif temubual bersama ibu bapa Ekin
Gadis Pisau Cukur
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
Maya dan Fazura.
Buat pertama kali Maya Karin, Nur Fazura digandingkan dalam filem arahan Bernard Chauly
PISAU CUKUR nampaknya banyak mencatat sejarah tersendiri buat pelakon terbaik, Maya Karin. Filem terbaru arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications Sdn Bhd, bukan saja melakar catatan kali pertama dia bekerja bersama Bernard dan syarikat produksi itu, malah filem komedi terbabit juga muncul filem sulung menggandingkan dirinya bersama seorang lagi aktres berbakat, Nur Fazura.
Namun akui Maya, biarpun julung kali beraksi di sisi Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-17 itu, jelas sekali masing-masing tidak berdepan masalah, dek keserasian yang bagai semula jadi wujud antara mereka.
“Walaupun kali pertama berlakon bersama, kami memang dapat berasakan wujudnya keserasian antara kami berdua. Mungkin kerana itu, banyak babak yang kami lakon berdua dilihat menjadi.
“Saya amat menyukai gandingan ini kerana Fazura sendiri seorang yang cukup dinamik. Saya tidak mengenalinya dengan mendalam sebelum ini. Saya pernah digandingkan dengannya pada sesi fotografi untuk sebuah majalah hiburan. Tetapi, ketika itu, masing-masing malu untuk berbual panjang, cukup sekadar bertegur sapa.
“Kini, apabila kami ditemukan dalam Pisau Cukur, masing-masing berasakan wujudnya keserasian. Apatah lagi tidak banyak filem Melayu yang menampilkan dua watak perempuan utama.
DARI kiri: Aaron, Fazura, Maya dan Bernard membentuk kombinasi mantap dalam Pisau Cukur.
“Tidak juga saya nafikan, ada tanggapan mengatakan apabila dua aktres yang sedang meningkat ditemukan, pasti akan ada insiden ‘pergaduhan’ atau adegan ’siapa lebih hebat’. Namun perkara sebaliknya berlaku di set filem ini apabila masing-masing menunjukkan sikap tolong-menolong. Yang nyata, dengan sikap baik sebeginilah baru kita dapat hasilkan lakonan yang lebih berkesan,” ujar Maya ketika ditemui di lokasi filem itu di Hotel Federal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bukan setakat Fazura yang mendapat pujian Pelakon Terbaik di dua festival filem antarabangsa ini, bahkan si pengarah, Bernard turut dianggap Maya sebagai sutradara yang jujur dalam melakukan kerjanya.
“Bekerja bersama Bernard amat menyeronokkan kerana dia tidak berselindung apabila melahirkan pandangan. Dia jujur dan berterus-terang. Baik atau buruk sesuatu babak yang kami buat, dia akan meluahkan pendapatnya. Jika baik, baiklah dan begitu juga sebaliknya,”ῠkata Maya.
Mengenai wataknya dalam filem yang turut dibintangi Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay dan Nas-T itu, Maya berkata, Bella mewakili karakter yang belum pernah dilakonkan sebelum ini. Sebagai Bella, dia perlu menjadi wanita yang mengada-ngada dan kelakar. Watak itu juga kata Maya, lebih ringan berbanding beberapa filemnya yang terdahulu.
“Ketika pihak Red Communications mula-mula menawarkan saya watak dalam filem ini, saya terus berkata “ya” kerana daripada cerita yang mereka cuba gambarkan, saya sudah boleh bayangkan bagaimana hasilnya,” kata Maya yang lebih mengenali watak dan perwatakan dalam filem itu apabila mereka mengikuti sesi latihan beberapa bulan sebelum penggambaran dijalankan.
‘Usah ingat Intan wanita murahan’
JIKA Maya bekerja buat kali pertama bersama ‘team’ Red Communications, Fazura pula sudah biasa dengan mereka setelah terbabit dalam filem dan siri Gol & Gincu, sebelum ini.
Kata aktres dari Pahang ini, dia senang bekerja dengan pasukan produksi di bawah Bernard kerana mereka bersikap profesional dan cekap.
“Bukan saja pelakon dilayan dengan baik, malah pengarahnya sendiri seorang yang amat memahami. Antara kami bagai tidak ada sempadan, sebaliknya tidak ubah bagai sebuah keluarga. Memang ada masanya Bernard akan serius apabila dia perlu berbuat demikian, tetapi ada masanya dia dan Lina Tan (penerbit) bertepuk-tampar bersama kami semua,” puji wanita berusia 25 tahun ini.
Fazura turut berbangga dengan filem terbarunya itu yang dilihatnya sebagai filem komedi yang berbeza, dengan rentaknya lebih pantas dan bentuk filem itu sendiri yang seakan komedi telenovela.
“Setiap kali selepas melihat sesuatu babak kami lakukan, kami seperti yakin filem ini akan muncul sebuah penghasilan yang begitu baik dan menjadi,” tegas Fazura yang diberikan watak Intan.
Sebagai Intan, dia perlu menjadi wanita matang yang mengetahui apa diingini dalam kehidupan. Wanita itu juga mempunyai karier, tetapi dia inginkan sebuah kehidupan senang-lenang.
“Namun jangan ingat Intan seorang wanita murahan,” pesan Fazura sambil ketawa.
Lebih menyeronokkan dirinya apabila gandingannya kali ini ialah aktres dihormati ramai, Maya Karin.
“Kami berkongsi bentuk pemikiran lebih kurang serupa. Kami tidak bersaing sesama sendiri di lokasi, sebaliknya bekerjasama sebagai kakak dan adik.
“Pendek kata, tidak ada perbezaan antara kami berdua dan pengalaman bekerja dengannya sesuatu yang cukup menyeronokkan. Saya sendiri tidak dapat bayangkan, siapa lagi pelakon wanita yang sesuai untuk watak berkenaan selain Maya,” ujarnya.
Sinopsis:
APA akan terjadi apabila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas sebuah kapal percutian mewah? Dua gadis pisau cukur, Intan dan Bella, bertembung dengan tiga Datuk, tiga isteri Datuk, dua anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran penuh kejutan dan kelucuan, apa-apa pun boleh terjadi. Pisau Cukur menemui penonton di pawagam pada 2009.
INFO: Maya Karin Nama: Maya Karin Roelcke  Tarikh Lahir: 29 Oktober 1979 Tempat Lahir: Bayreuth, Bavaria, Jerman Profesion: Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara Status: Berkahwin Suami: Muhammad Ali @ Steven Shorthose Filem: No Problem, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundal Malam II, Mr Cinderella 2, Tujuh Perhentian, Waris Jari Hantu, Anak Halal, 1957: Hati Malaya, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur Album: Erti Cinta, Bukan Qalamaya  Pencapaian: Artis Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH2001); Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun (2004); Pelakon Terbaik Festival Filem Fantasi dan Seram Estepona, Malaga, Sepanyol (2005); Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH2005; Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Ke-6; Pelakon Wanita Terbaik FFM21.
INFO: Fazura Nama: Nur Fazura Sharifuddin Tarikh Lahir: 27 September 1983 Tempat Lahir: Pekan, Pahang Profesion: Pelakon, Pengacara, Model Status: Bujang Filem: Bicara Hati, Senario XX, Qaisy & Laila, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta, Kantoi, Pisau Cukur Pencapaian: Pelakon Harapan Terbaik FFM17
Madonna Nasihat Britney Usah Kahwin Lagi
CALIFORNIA: Penyanyi pop Madonna yang baru-baru ini mengumumkan perceraiannya dengan pengarah Guy Ritchie dilapor menasihati Britney Spears agar tidak berkahwin lagi.
Menurut laporan, penyanyi ‘Material Girl’ itu memberitahu Britney yang bercerai dengan suaminya Kevin Federline pada 2006, agar mengelak daripada mengulangi kesilapan.
Awal bulan ini, Britney menyertai Madonna dalam satu persembahan pentas ketika penyanyi itu mengadakan jelajah ‘Sticky and Sweet’ di seluruh dunia.
“Britney bertanya kepada Madonna jika dia akan berkahwin lagi suatu masa nanti. Madonna bukan saja berkata dia tidak akan berkahwin malah memberitahu Britney agar melupakan soal perkahwinan,” lapor laman web gosip AbsoluteNow.com yang memetik kenyataan penyanyi itu.
Laman web itu memetik Madonna sebagai berkata, bagi selebriti seperti beliau dan Britney, perkahwinan tidak akan berjaya.
Malah, beliau melihat nasib dirinya sama seperti Britney dan mahu membantunya.
Album terbaru Britney  Circus  bagaimanapun sudah ‘bocor’ dan dapat ditonton secara online. Lagu Hit Me Baby One Time dapat disaksikan dengan baik melalui laman web peminat.
Album Britney dijadualkan berada di pasaran bermula 1 Disember sehari sebelum hari jadinya  ke-27.
Akhbar The Sun melaporkan, sebilangan peminat mengesyaki lagu berkenaan sengaja dibocorkan di laman web.
Sementara itu, bekas suami Britney, Kevin Federline dilaporkan gembira kerana penyanyi itu mengambil tindakan segera selepas anak lelaki mereka dikejarkan ke hospital berikutan masalah alahan.  -  Agensi
Paris Hilton, Kekasih Berpisah
PARIS dan Benji pada majlis Anugerah MTV di  Los Angeles baru-baru ini.
Mahu tumpu kepada kerjaya
LONDON: Selebriti terkenal, Paris Hilton menamatkan hubungan selama 10 bulan dengan pemain gitar kumpulan Good Charlotte, Benji Madden.
Pewaris hotel berusia 27 tahun itu menghabiskan banyak masa daripada bersama kekasihnya kerana komitmen rakaman filem di bandar ini dan berjauhan tidak menjadikan hubungan kasih mereka semakin kukuh.
Berita perpisahan itu diterima dengan kejutan ketika gosip menjangka pengumuman pertunangan.
Sumber rapat kepada Paris memberitahu MailOnline: “Ia sudah berakhir. Paris amat mengagumi Benji, namun mereka tiada jodoh. Perasaan sayang masih ada.”
Walaupun dengan perpisahan itu, Paris masih muncul dalam parti pembukaan besar-besaran di Hotel Fontainebleau, Miami Beach di Miami, Florida, Jumaat lalu.
Paris dan Benji mula keluar bersama Februari lalu selepas mereka mula menghabiskan banyak masa bersama ketika mengunjungi teman baiknya, Nicole Richie.
Nicole, anak perempuan penyanyi Lionel Richie, mempunyai anak perempuan 11 bulan, Harlow bersama kembar Benji, Joel.
Hubungan Paris dan Benji bermula hanya beberapa minggu selepas dia menamatkan pertunangannya dengan penyanyi dan aktres Australia, Sophie Monk.
Sebelumnya, Paris pernah berkata: “Dia bukan saja teman lelaki, malah teman baik. Dia melayan saya seperti puteri.”
“Saya sentiasa mengunjungi Harlow dan Benji akan berada di sana untuk melihat anak buahnya. Kami terus jatuh cinta. Beliau mengubah hidup saya. Saya tidak sukar untuk keluar dengan kerap lagi - kami hanya tinggal di rumah dan saya memasak untuknya.”
Ibu bintang siri realiti The Simple Life, Kathy amat gembira membayangkan masa depan pasangan itu.
“Mereka amat sepadan dan saya dapat merasakan ia akan berterusan dan kami gembira untuk mereka,” katanya. - Agensi